Ganjaran untuk Keadilan menawarkan ganjaran sehingga $5 juta untuk maklumat yang membawa kepada gangguan mekanism kewangan individu-individu yang terlibat dalam aktiviti tertentu yang menyokong Korea Utara (Republik Rakyat Demokratik Korea, DPRK), termasuk pengubahan wang haram, pengeksportan barangan mewah ke Korea Utara, aktiviti siber khusus dan tindakan yang menyokong percambahan senjata kemusnahan besar-besaran (WMD).
Kwek Kee Seng ialah seorang warganegara Singapura dan pengarah serta pemegang saham Swanseas Port Services (S) Pte Ltd, syarikat agensi perkapalan dan operasi terminal berpangkalan di Singapura. Dia telah bersubahat mengadakan perniagaan dengan, dan menyediakan perkhidmatan yang disekat kepada, Korea Utara, mendayakan program percambahan nuklear DPRK.
Sejak awal 2019, Kwek telah membantu dan mengarah banyak penghantaran produk petroleum ke Korea Utara dan pemindahan kapal-ke-kapal kepada kapal Korea Utara, menyediakan sumber yang penting untuk syarikat-syarikat yang berpangkalan di Korea Utara dan untuk kerajaan Korea Utara. Dia bersubahat untuk mengubah wang haram melalui sistem kewangan A.S. dengan menyalurkan dolar A.S. melalu syarikat entiti pelindung untuk menyembunyikan asal pembayaran, dan menstrukturkan transaksi untuk mengelakkan tafahus dan sekatan.
Pada 23 April 2021, Kwek Kee Seng telah didakwa oleh pihak berkuasa A.S. dengan konspirasi untuk melanggar Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa dan konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram antarabangsa.
Kami menggalakkan sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Kwek Kee Seng untuk menghubungi Ganjaran untuk Keadilan melalui saluran pelaporan-maklumat berasaskan Tor kami di: he5dybnt7sr6cm32xt77pazmtm65flqy6irivtflruqfc5ep7eiodiad.onion (Pelayar Tor diperlukan).