Kor Pengawal Revolusi Islam- Pasukan Quds (IRGC-QF), satu cabang IRGC, ialah mekanisme utama Iran untuk memupuk dan menyokong kumpulan pengganas di luar negara. Iran menggunakan IRGC-QF untuk melaksanakan matlamat dasar asingnya, memberikan perlindungan kepada operasi perisikan dan mewujudkan ketakstabilan di Timur Tengah. Pada tahun 2011, IRGC-QF merancang untuk membunuh Duta Saudi ke Amerika Syarikat di Washington D.C. Pada 2012, tentera IRGC-QF ditangkap di Turki dan Kenya kerana merancang serangan. Pada bulan Januari 2018, Jerman menemui 10 tentera IRGC yang terlibat dalam rancangan pengganas di Jerman.
Pada 15 April 2019, Jabatan Negara A.S. menetapkan IRGC, termasuk IRGC-QF, sebagai Organisasi Pengganas Asing (FTO) di bawah seksyen 219 Akta Imigresen dan Kerakyatan, sebagaimana pindaan. Pada tahun 2017, Jabatan Perbendaharaan A.S. Menetapkan IRGC sebagai Pengganas Global Tentuan Khas mengikut Perintah Eksekutif 13224, sebagaimana pindaan, kerana aktivitinya yang menyokong IRGC-QF. Hasilnya, semua hartanah IRGC, dan kepentingan dalam hartanah yang tertakluk dalam bidang kuasa A.S. adalah disekat, dan warga A.S. secara amnya dilarang untuk terlibat dalam sebarang transaksi dengan IRGC. Ia satu jenayah untuk dengan disedarinya menyediakan atau cuba untuk atau bersubahat untuk menyediakan sokongan material atau sumber kepada IRGC.