Al-Shabaab ialah gabungan al-Qa’ida (AQ) dan mempunyai pertalian dengan gabungan AQ yang lain, termasuk AQ Semenanjung Arab dan AQ Islam Maghreb. Al-Shabaab ialah sayap militan bekas Majlis Mahkamah Islam Somali yang mengambil alih bahagian selatan Somalia semasa separuh kedua tahun 2006. Sejak akhir 2006, al-Shabaab dan militia berkaitan terlibat dalam pemberontakan ganas menggunakan perang gerila dan taktik pengganas terhadap kerajaan peralihan Somalia.
Al-Shabaab melakukan serangan di Somalia, Kenya, Uganda dan Djibouti. Al-Shabaab bertanggungjawab ke atas serangan berani mati di Kampala pada 11 Julai 2010. Serangan tersebut, yang berlaku semasa Piala Dunia, membunuh 76 orang, termasuk seorang warga A.S. Pada bulan September 2013, al-Shabaab melaksanakan serangan besar terhadap Westgate Mall di Nairobi. Kepungan beberapa hari itu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 65 orang awam, serta enam tentera dan pegawai polis serta beratus-ratus yang lain cedera. Pada April 2015, al-Shabaab melakukan serbuan dengan senjata kecil dan grenad di Garissa University College Kenya yang mengorbankan 148 orang.
Pada 18 Mac 2008, Jabatan Negara A.S. menetapkan Al-Shabaab sebagai Organisasi Pengganas Asing (FTO) di bawah seksyen 219 Akta Imigresen dan Kerakyatan, sebagaimana pindaan. Kemudian, pada 19 Mac 2008, Jabatan Negara telah menetapkan ANF sebagai Pengganas Global Penetapan Khas menurut Perintah Eksekutif 13224, sebagaimana pindaan. Hasilnya, semua hartanah Al-Shabaab, dan kepentingan dalam hartanah yang tertakluk dalam bidang kuasa A.S. adalah disekat, dan warga A.S. secara amnya dilarang untuk terlibat dalam sebarang transaksi dengan Al-Shabaab. Ia satu jenayah untuk dengan disedarinya menyediakan atau cuba untuk atau bersubahat untuk menyediakan sokongan material atau sumber kepada Al-Shabaab.