Laman web rasmi kerajaan Amerika Syarikat

TENTANG

Gambaran Keseluruhan Program

Sejarah Program dan Pihak Berkuasa Statutori

RFJ, program ganjaran keselamatan negara Jabatan Negara A.S. telah ditubuhkan oleh Akta untuk Memerangi Keganasan Antarabangsa 1984, Undang-undang Awam 98-533 (dikodifikasi di 22 U.S.C. § 2708). Ditadbir oleh Biro Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara, misi RFJ adalah untuk menawarkan ganjaran untuk maklumat yang melindungi nyawa warga Amerika dan kepentingan A.S. Dan meningkatkan lagi keselamatan negara A.S.

Sejak 1984, Kongres telah memperluaskan pihak berkuasa statutori untuk menawarkan ganjaran bagi maklumat dalam empat kategori yang luas:

  • Keganasan. Untuk maklumat yang
    :
    • Membawa kepada penangkapan atau penyabitan sesiapa yang merancang, melakukan, membantu, atau cuba melakukan tindakan pengganas antarabangsa terhadap orang perseorangan A.S. atau hartanah di Amerika Syarikat atau di luar negara;
    • Menghalang tindakan sedemikian daripada terjadi dari awal lagi;
    • Mengenal pasti atau mencari ketua pengganas utama;atau
    • Mengganggu mekanisme kewangan organisasi pengganas asing. Ini termasuk gangguan rangkaian penculikan dan peristiwa penculikan yang memberi sokongan kewangan organisasi sedemikian.
  • Campur Tangan Pilihan Raya Asing. Untuk maklumat yang:
    • Membawa kepada pengenalpastian atau lokasi mana individu asing yang dengan sengaja telah terlibat atau sedang terlibat dalam campur tangan pilihan raya asing, termasuk aktiviti yang melanggar undang-undang jenayah persekutuan, hak mengundi, atau pembiayaan kempen, atau aktiviti sedemikian yang dilaksanakan oleh mana-mana individu yang bertindak sebagai ejen atau bagi pihak, atau diselaraskan dengan, kerajaan asing atau perusahaan jenayah.
    • Membawa kepada pencegahan, kegagalan atau resolusi yang berpihak bagi tindakan campur tangan pilihan raya asing.
  • Aktiviti Siber Berniat Jahat. Untuk maklumat yang:
    • Mengenal pasti atau mencari mana-mana individu yang, semasa bertindak dengan arahan atau di bawah kawalan kerajaan asing, membantu atau bersubahat dalam satu pelanggaran Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer (“CFAA”), 18 U.S.C. § 1030. Ini termasuk campur tangan pilihan raya asing
  • Korea Utara
    Untuk maklumat yang:
    • Mengganggu mekanisme kewangan individu atau entiti yang terlibat dalam aktiviti tertentu menyokong rejim Korea Utara;atau
    • Mengenal pasti atau menentukan kedudukan mana-mana individu yang, semasa bertindak dengan arahan atau di bawah kawalan kerajaan Korea Utara, membantu atau bersubahat dalam satu pelanggaran Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer (“CFAA”), 18 U.S.C. § 1030. In termasuk serangan siber dan pencerobohan sistem kerajaan A.S.

Pengiklanan Tawaran Ganjaran

Apabila Setiausaha Negara meluluskan satu tawaran ganjaran, RFJ mengiklankannya dan melibatkan audiens sasaran dalam cara yang bersesuaian dengan budaya menggunakan pelbagai alatan, termasuk media sosial, aplikasi sembang sosial, dan media tradisional.

Pemprosesan Penunjuk

Iklan RFJ mengarahkan individu untuk menghantar maklumat mereka secara teks ke talian penunjuk RFJ yang khusus-bahasa menerusi beberapa aplikasi pemesejan yang tersedia secara meluas dan tersulit termasuk Signal, Telegram, dan WhatsApp. Individu juga boleh menyerahkan maklumat mereka melalui e-mel dan akaun media sosial.
RFJ menyebarkan maklumat penunjuk yang bersesuaian kepada agensi USG yang lain.

Pembayaran Ganjaran

Jika maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat membuahkan hasil yang positif, agensi penyiasatan A.S. yang mengendalikan kes tersebut boleh membuat keputusan untuk mencalonkan pemberi maklumat untuk pembayaran ganjaran. Pencalonan untuk pembayaran disemak oleh jawatankuasa antara agensi dan kemudiannya dihantar ke Setiausaha untuk keputusan sama ada bayaran dibuat.

Sejak diwujudkan pada tahun 1984, program ini telah membayar lebih daripada $250 juta kepada lebih daripada 125 individu di seluruh dunia yang memberikan maklumat yang boleh diambil tndakan yang membantu menyelesaikan ancaman kepada keselamatan negara AS.

SUBMIT A TIP

Do Your Part. Secure a Safer World.

There are many ways to submit information to Rewards for Justice.

You may choose from multiple platforms and contact us in numerous languages. To process your information efficiently, we ask you to state your information as succinctly as possible, provide your name, location, and preferred language, and upload all relevant files such as photographs, videos, and documents to support your information. An RFJ representative will soon contact you. Please be patient, as RFJ reads every tip we receive.

Please open your Line app to submit a tip. The number is +1 202 702 7843

Please open your Viber app to submit a tip. The number is +1 202 702 7843

Please visit our Tor-based tips-reporting channel at: he5dybnt7sr6cm32xt77pazmtm65flqy6irivtflruqfc5ep7eiodiad.onion

Hantar Penunjuk

Laksanakan Tanggungjawab anda. Menjamin Dunia yang Lebih Selamat.

Terdapat banyak cara untuk menghantar penunjuk.

Anda boleh memilih daripada berbilang platform dan menghubungi kami dalam banyak bahasa. Untuk memproses maklumat anda dengan cekap, kami meminta anda untuk menyatakan maklumat anda seringkas mungkin, berikan nama anda, lokasi, bahasa pilihan, dan muat naik semua fail yang berkaitan seperti gambar, video, dan dokumen untuk menyokong maklumat anda. Wakil RFJ akan menghubungi anda tidak lama lagi. Harap bersabar, kerana RFJ membaca setiap penunjuk yang kami terima.

Sila buka aplikasi Signal anda untuk menghantar penunjuk

Nombornya ialah +1 202 702 7843

Sila buka aplikasi Line anda untuk menghantar penunjuk

Nombornya ialah +1 202 702 7843

Sila buka aplikasi Telegram anda untuk menghantar penunjuk

Nombornya ialah +1 202 702 7843

Sila buka aplikasi Viber anda untuk menghantar penunjuk

Nombornya ialah+1 202 702 7843

Sila lawati saluran pelaporan-penunjuk berasaskan Tor di: he5dybnt7sr6cm32xt77pazmtm65flqy6irivtflruqfc5ep7eiodiad.onion

Skip to content