Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Zulkarnaen

Sehingga AS$5 Juta

Zulkarnaen, yang nama sebenarnya Aris Sumarsono, dipanggil Daud oleh rakan militannya. Para pegawai A.S. dan Indonesia menyatakan Zulkarnaen menjadi ketua operasi bagi Jemaah Islamiyah (JI) selepas penangkapan Riduan Isamuddin di Negeri Thai, yang dikatakan bekas ketuanya yang juga dikenali sebagai Hambali. Zulkarnaen digambarkan oleh orang yang mengenalinya sebagai orang yang kecil dan pendiam.

Zulkarnaen telah disebut mungkin pemimpin berpangkat tertinggi di dalam kumpulan pengganas Asia Tenggara, Jemaah Islamiyah. Dia dipercayai mengepalai skuad elit yang bantu menjalankan pengeboman berani mati di Hotel Mariott Jakarta pada tahun 2003 yang membunuh 12 orang dan bantu menyediakan bom yang membunuh 202 orang di Bali pada 2002.

Zulkarnaen adalah salah seorang penting al-Qa’ida di Asia Tenggara dan salah seorang dari hanya beberapa orang di Indonesia yang mempunyai kaitan langsung dengan rangkaian keganasan Al-Qaida. Zulkarnaen mendapat sarjana dalam biologi dari sebuah universiti di Indonesia, dan pada 1980an dia adalah antara militan Indonesia yang pertama pergi ke Afghanistan untuk latihan menjadi pakar sabotaj. Zulkarnaen kini memimpin skuad militan bernama Laskar Khas, atau ‘pasukan istimewa,’ di mana para anggotanya direkrut dari kira-kira 300 orang Indonesia yang dilatih di Afghanistan dan Filipina.

Zulkarnaen dididik oleh Abdullah Sungkar, pengasas JI dan sekolah asrama Islam al-Mukmin di mana Zulkarnaen dan militan kanan yang lain belajar. Pada pertengahan 1980an, Sungkar menghantar kumpulan kecil dari Indonesia ke Afghanistan untuk berlatih di dalam kem yang dipimpin oleh komander Mujahidin Abdul Rasul Sayyaf. Sebelum kematian Sungkar pada 1999, Zulkarnaen kerap dilihat di sisi mentornya, membantu mengatur persidangan dan agenda anggota radikal yang lebih tua itu.

Zulkarnaen dipercayai telah membantu mengatur pertempuran di kepulauan Maluku pada 1990an, dan mengatur mesyuarat di kalangan militan yang berlatih di Afghanistan pada waktu-waktu berlainan, membolehkan mereka menjadi satu pasukan.