Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Zerrin Sari

Sehingga AS$3 Juta

Zerrin Sari ialah pemimpin utama Parti/Barisan Pembebasan Rakyat Revolusi (Bahasa Turki: Devrimci Halk Kurtuluş Partisi Cephesi, atau DHKP/C). DHKP/C telah mensasarkan kepentingan-kepentingan A.S., termasuk kakitangan dan fasiliti ketenteraan dan diplomatik A.S. sejak 1990an. DHKP/C ditubuhkan pada tahun 1994 apabila pendahulunya, Devrimci Sol or Dev Sol, dibubarkan. Matlamatnya ialah untuk melenyapkan jejak A.S. dan NATO dari Turki, dan mewujudkan sebuah negara sosialis. Pada bulan Februari 2013, seorang pengebom berani mati yang bergabung dengan kumpulan ini telah menyerang Kedutaan A.S. di Ankara, dan membunuh pegawai keselamatan warga Turki. Jabatan Negara A.S. menetapkan DHKP/C sebagai Organisasi Pengganas Asing pada tahun 1997, dan telah mengkaji semula serta mengekalkan penetapan ini pada 24 Julai, 2013.

Zerrin Sari merupakan seorang peguam yang bekerja bagi mempertahankan Dev Sol pada tahun 1990an sehingga beliau terbang ke Turki pada tahun 1993. Beliau berkahwin dengan ketua serta pengasas DHKP/C, Dursun Karatas, dan mereka bersama-sama menganjurkan pelbagai aktiviti DHKP/C di Eropah. Sari dibicarakan di Belgium pada tahun 1999; beliau menjalani hukuman penjara selama beberapa tahun dan dibebaskan pada tahun 2008, pada tahun di mana Karatas meninggal dunia akibat barah. Beliau dikatakan sebagai ketua rahsia DHKP/C, dan dituduh memberi arahan bagi serangan ke atas ibu pejabat polis Turki dan berek polis di Ankara in September 20, 2013. Sari juga dipercayai bertanggungjawab, bersama dengan Musa Asoglu, ke atas serangan Mac 2013 terhadap ibu pejabat Kementerian Keadilan Turki dan Parti Keadilan dan Pembangunan Party (AKP) di Ankara, yang telah mencederakan seorang mangsa.

Musa Asoglu, Zerrin Sari dan Seher Demir Sen adalah pemimpin utama Parti/Barisan Pembebasan Rakyat Revolusi (Bahasa Turki: Devrimci Halk Kurtuluş Partisi Cephesi, atau DHKP/C).

Gambar Tambahan

Foto tambahan bagi Zerrin Sari
Foto tambahan bagi Zerrin Sari