Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Yasin Kilwe

Sehingga AS$3 Juta

Yasin Kilwe ialah emir al-Shabaab bagi Puntland, di Somalia utara. Sebagai ketua militan Bukit Galgala di pergunungan Golis, Kilwe bersumpah setia kepada al-Shabaab dan al-Qaida dalam satu rakaman kenyataan yang disiarkan oleh stesen radio kawalan al-Shabaab pada penghujung bulan Februari 2012. Emir Al-Shabaab, Ahmed Abdi aw-Godane dengan rasmi melantik Kilwe sebagai ketua al-Shabaab di rantau itu. Kilwe berasal daripada suku Dubays, suku kecil Warsangali. Beliau telah dituduh merancang serangan yang mensasarkan pegawai keselamatan Puntland.

Al-Shabaab merupakan sayap militan Majlis Mahkamah Islam Somalia yang mengambil alih sebahagian besar Somalia selatan pada separuh kedua tahun 2006. Al-Shabaab telah meneruskan pemberontakan ganasnya di Somalia selatan dan tengah. Kumpulan ini mendakwa bertanggungjawab ke atas banyak pengeboman — termasuk pelbagai jenis serangan berani mati — di Mogadishu dan di Somalia tengah dan utara, biasanya mensasarkan pegawai kerajaan Somalia dan mereka dilihat sebagai sekutu Kerajaan Persekutuan Peralihan (TFG) Somalia. Al-Shabaab bertanggungjawab ke atas pengeboman berani mati berkembar di Kampala, Uganda, pada 11 Julai, 2010, yang membunuh lebih daripada 70 orang, termasuk seorang warga Amerika. Kumpulan ini juga telah membunuh aktivis keamanan Somalia, pekerja bantuan antarabangsa, beberapa tokoh masyarakat awam, serta wartawan.

Jabatan Negara A.S. menamakan al-Shabaab sebagai Organisasi Pengganas Asing di bawah Seksyen 219 Akta Imigresen dan Kewarganegaraan (seperti pindaan) pada Februari 26, 2008, dan entiti Pengganas Global Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224 pada 29 Februari, 2008. Pada bulan Februari 2012, al-Shabaab dan al-Qaida mengumumkan perikatan rasmi mereka.