Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Yahya Haqqani

Sehingga AS$5 Juta

Yahya Haqqani ialah ahli senior Rangkaian Haqqani yang terlibat dalam aktiviti ketenteraan, kewangan dan propaganda kumpulan ini. Yahya telah bertindak sebagai ketua de facto kumpulan ini apabila ketua-ketua paling senior Sirajuddin Haqqani (ipar Yahya), Khalil Haqqani dan Badruddin Haqqani (allahyarham) tiada. Yahya juga memikul tugas sebagai jurulogistik Rangkaian Haqqani dan telah membantu membiayai para komander Haqqani termasuk orang bawahan komander Rangkaian Haqqani yang kini telah meninggal dunia, Sangin Zadran dan ketua operasi berani mati Rangkaian Haqqani, Abdul Rauf Zakir. Yahya juga telah bertindak sebagai jurubahasa Arab dan pengutus kepada Sirajuddin Haqqani.

Yahya telah menjalankan beberapa aktiviti pemudahan yang besar dalam menyokong serangan dan pelbagai aktiviti lain Rangkaian Haqqani. Pada awal tahun 2013, beliau membantu membiayai para pejuang Rangkaian Haqqani. Juga pada awal tahun 2013, Yahya telah menyelaraskan pemindahan bekalan dari Emiriah Arab Bersatu kepada ketua senior Rangkaian Haqqani, Khalil Haqqani. Pada tahun 2012, Yahya telah menyelaraskan pengagihan peranti letupan reka ganti (IED) dan peralatan komunikasi. Beliau juga telah menyemak persediaan serangan 7 Ogos, 2012 Rangkaian Haqqani ke atas Pangkalan Barisan Hadapan Pakatan di Wilayah Logar, Afghanistan, di mana tiga belas orang, termasuk sebelas orang awam warga Afghanistan, tercedera. Pada 2011, Yahya telah menyampaikan wang daripada Sirajuddin Haqqani kepada para komander Rangkaian Haqqani untuk kegunaan operasi.

Yahya kadangkala berkhidmat sebagai orang tengah antara Rangkaian Haqqani dan al-Qaida dan beliau mengekalkan ikatan dengan al-Qaida sejak sekurang-kurangnya pertengahan 2009. Dalam peranan ini, Yahya telah memberikan wang kepada ahli-ahli al-Qaida di rantau itu untuk perbelanjaan peribadi mereka. Setakat pertengahan 2009, beliau bertindak sebagai orang tengah utama Rangkaian Haqqani untuk urusan dengan pejuang asing, termasuk warga Arab, Uzbekistan dan Chechen.

Yahya telah menjalankan dan menguruskan aktiviti media dan propaganda Rangkaian Haqqani dan Taliban. Setakat awal 2012, Yahya kerap bertemu Sirajuddin Haqqani bagi mendapatkan kelulusan akhir video propaganda Taliban yang dihasilkan oleh Yahya. Yahya telah menguruskan aktiviti media Rangkaian Haqqani sejak sekurang-kurangnya 2009 apabila beliau menyunting video daripada pejuang di Afghanistan dari studio media di madrasah Rangkaian Haqqani. Setakat penghujung 2011, Yahya telah mendapatkan wang untuk perbelanjaan media Rangkaian Haqqani daripada Sirajuddin Haqqani atau salah seorang pengganti Sirajuddin.

Jabatan Perbendaharaan A.S. menetapkan Yahya Haqqani sebagai Pengganas Global Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224 pada 5 Februari, 2014.

Gambar Tambahan

Foto tambahan bagi Yahya Haqqani
Foto tambahan bagi Yahya Haqqani