Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Pengeboman Pusat Perdagangan Dunia

Bandaraya New York | 26 Februari 1993

Pada 26 Februari1993, sebuah trak berisi bom meletup di bawah Menara Satu di Pusat Perdagangan Dunia di bandaraya New York. Niat letupan bom 1,500 paun itu adalah untuk memusnahkan kedua-dua menara dengan menjatuhkan Menara Satu yang akan jatuh ke atas Menara Dua lalu membunuh beribu-ribu orang serentak. Sementara letupan bom itu tidak memusnahkan kedua-dua menara, ianya membunuh enam orang, mencederakan lebih seribu orang, dan menyebabkan kerosakan beratus juta dolar Amerika.

Serangan itu dirancang oleh sekumpulan individu yang berkaitan dengan al-Qa’ida, termasuk Abdul Rahman Yasin, Ramzi Yousef, dan beberapa orang yang lain. Pembiayaan untuk operasi ini disediakan oleh Khalid Shaikh Mohammed, pakcik kepada Ramzi Yousef dan orang kanan di dalam al-Qa’ida. Enam orang yang dikaitkan dengan serangan ini telah didakwa, termasuk perancang utama, Ramzi Yousef.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.