Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Serangan ke atas kapal Tentera Laut A.S. USS Cole

Aden, Yemen | 12 Oktober 2000

Pada 12 Oktober 2000, dua pengebom berani mati mengisi sebuah bot kecil dengan bahan letupan dan melanggar bot itu ke kapal tentera laut A.S. USS Cole ketika ia sedang berlabuh di pelabuhan di Aden, Yemen. Letupan bom itu membuat lubang besar pada sebelah kapal, membunuh 17 orang kelasi dan mencederakan lebih 30 orang lain. Serangan itu dirancang oleh para anggota al-Qa’ida, termasuk kuncu yang didakwa Jamal Mohammad al-Badawi dan Fahd Mohammed Ahmed al-Quso.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.