Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Pengeboman Kelab USO

Naples, Itali | 14 April 1988

Pada 14 April 1988, sebuah kereta bom meletup di depan Kelab USO di Naples, Itali. Letupan itu membunuh lima orang, termasuk seorang anggota tentera wanita A.S., dan mencederakan 15, termasuk empat orang anggota tentera A.S. Junzo Okudaira, seorang anggota Tentera Merah Jepun (JRA), kumpulan pengganas, yang didakwa di Amerika Syarikat pada 9 April 1993 di dalam pengeboman Naples. Okudaira juga seorang suspek di dalam kereta bom pada Jun 1987 dan serangan mortar terhadap Kedutaan A.S. di Rome.

JRA ditubuh pada 1970’an selepas berpisah dari Liga Komunis Jepun – Bahagian Tentera Merah. Waktu kemuncaknya, pertubuhan itu ada seramai 40 orang anggota dan dianggap sebagai puak kiri yang paling lengkap bersenjata di dalam dunia. Waktu 1970an, JRA menjalankan beberapa siri serangan di serata dunia, termasuk pembunuhan beramai-ramai di lapangan terbang Lod pada tahun 1972 di Israel, dua rampasan pesawat Jepun, dan percubaan untuk merampas Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Matlamat JRA sepanjang penubuhannya adalah untuk mengguling Kerajaan Jepun dan monarki; bagaimanapun, pemimpin kumpulan ditangkap pada tahun 2000, dan pada tahun berikutnya, kumpulan itu mengumumkan rancangannya untuk bubar. Sejarah pertubuhan yang mempunyai hubungan baik dengan kumpulan-kumpulan pengganas Palestin membuat ramai percaya bahawa struktur kuasa JRA telah berpindah ke Timur Tengah.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.