Kisah Kejayaan

Uday Hussein

Meninggal Dunia

Uday Hussein adalah anak sulung dari dua orang anak Saddam Hussein dari perkahwinan pertamanya, dan dikenali dengan kekejamannya dan perangai psikopatnya. Sebagai ketua jawatankuasa Olympic Iraq, dia mengarahkan penyiksaan atlit yang tidak mampu berjaya di dalam sukan seperti yang ia inginkan. Uday sendiri terlibat di dalam pembunuhan kedua-dua abang iparnya.

Pada 23 Julai 2003, maklumat yang diberikan oleh sumber membawa kepada lokasi Uday dan Qusay Hussein. Dengan bantuan dari Pasukan Payung Terjun ke-101, Pasukan Bertugas ke-20 menjalankan operasi untuk menangkap individu-individu ini. Pertempuran berikutan selama empat jam, dan mengakibatkan kematian Uday dan Qusay Hussein.

Program Hadiah untuk Keadilan memberi hadiah bagi maklumat yang membawa kepada lokasi Uday dan Qusay Hussein.