Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Rampasan pesawat TWA 847

Beirut, Lubnan | 14 Jun 1985

Pada 14 Jun 1985, para pengganas yang ada kaitan dengan Hezbollah merampas TWA Pesawat 847, yang di dalam perjalanan dari Athens, Yunani, ke Rom, Itali. Para pengganas mula menukar perjalanan ke Beirut, Lubnan, di mana beberapa penumpang dilepaskan sebagai pertukaran untuk minyak kapal terbang. Pesawat itu kemudian belepas ke Algiers, Algeria, di mana lebih ramai lagi penumpang dilepaskan sebelum pesawat itu kembali ke Beirut.

Di Beirut, pengganas mengenal pasti penyelam tentera laut A.S. Robert Stethem. Para pengganas memukul dan menembak Stethem, kemudian mencampakkan mayatnya ke atas landasan kapal terbang. Di Beirut, 12 lagi orang yang bersenjata masuk ke dalam kapal terbang sebelum ia kembali ke Algiers, di mana 65 lagi penumpang dilepaskan.

Akhirnya, pesawat itu kembali semula ke Beirut, di mana ia diletakkan sehingga Jun 30, apabila penumpang-penumpang yang tinggal dipandu ke Syria. Di Syria, mereka menaiki pesawat Tentera Udara A.S. dan diterbangkan ke Jerman Barat. Para pengganas yang bertanggung jawab untuk serangan ini termasuk Ali Atwa, Hasan Izz-al-Din, Mohammed Ali Hamadei, dan beberapa orang yang lain.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.