Kisah Kejayaan

Toting Craft Hanno

Didapati Bersalah

Toting Craft Hanno adalah anggota Kumpulan Abu Sayyaf Group yang terlibat di dalam insiden penculikan Dos Palmas pada Mei 2001.

Pada 27 Mei 2001, ASG menculik tiga rakyat Amerika dari “Dos Palmas Resort” di Palawan di Filipina. Ketiga-tiga rakyat Amerika itu dikenal pasti sebagai Guillermo Sobero dan Martin dan Gracia Burnham, pasangan mubaligh Amerika. Pada 11 Jun 2001, jurucakap ASG, Abu Sabaya, mendakwa dia telah membunuh Guillermo Sobero sebagai “hadiah hari jadi” untuk Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo. Pada 7 Oktober 2001, tengkorak manusia didapati dari Pulau Basilan, dan dikenalpasti sebagai tengkorak Guillermo Sobero. Pada Jun 2002, Martin Burnham mati di dalam satu kejadian tembak menembak di antara askar Filipina dan ASG; Gracia Burnham cedera, tetapi dapat diselamatkan dan dihantar pulang ke Amerika Syarikat.

Hadiah sebanyak AS$100,000 telah dibayar untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan Hanno pada 6 Januari 2005.