Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Pembunuhan Union Texas Petroliam

Karachi, Pakistan | 12 November 1997

Pada pagi 12 November 1997, empat orang kakitangan Union Texas Petroleum (UTP) berada dalam perjalanan ke tempat kerja di Karachi, Pakistan. Ketika kereta mereka menyeberangi sebuah jambatan, dua orang bersenjata melompat keluar dari kereta Honda Civic merah dan menembak ke arah kereta mereka. Kesemua pekerja Amerika itu, serta pemandu mereka dari Pakistan, terbunuh di dalam serangan tersebut.

Ramai pemerhati melihat serangan tersebut sebagai balasan terhadap pendakwaan Mir Aimal Kansi dua hari sebelumnya, walaupun teori ini belum disahkan. Kansi didakwa atas pembunuhan dua orang kakitangan CIA pada 1993 di luar agensi tersebut, di Langley, Virginia.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.

Mangsa

Foto bagi Joel Enlow
Joel Enlow
Foto bagi Tracy Ritchie
Tracy Ritchie
Foto bagi William Jennings
William Jennings
Foto bagi Ephrahim Egbu
Ephrahim Egbu