Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Penculikan Kevin Scott Sutay

El Retorno, Colombia | 20 Jun 2013

Pada 20 Jun 2013, seorang warganegara Amerika, Kevin Scott Sutay diculik oleh Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) di kawasan perbandaran El Retorno di Colombia. Sutay, bekas ahli khidmat tentera Amerika, mengembara sebagai pelancong merentasi beberapa buah negara Amerika Tengah dan Selatan.

Pada 19 Julai, 2013, FARC mengeluarkan pengumuman umum yang mendakwa bertanggungjawab ke atas penculikan dan mengumumkan niat mereka bagi membebaskan Sutay secara jujur. Namun, Sutay masih ditahan sehingga 27 Oktober, 2013, apabila beliau dikembalikan ke Jabatan Guaviare kepada delegasi kerajaan Colombia, Cuba dan Norway, dan ahli-ahli Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Dari situ, Sutay diserahkan kepada pegawai kerajaan A.S. di Bogota, Colombia dan terbang pulang ke Amerika Syarikat.

Program Rewards for Justice menawarkan ganjaran sehingga $3 juta bagi maklumat yang membawa kepada pengadilan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan ini.