Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Sirajuddin Haqqani

Sehingga AS$10 Juta

Sirajuddin Haqqani mengetuai aktiviti harian Rangkaian Haqqani pada masa ini. Semasa temu bual dengan sebuah organisasi berita Amerika, Sirajuddin mengaku merancang serangan 14 Januari, 2008 ke atas Hotel Serena di Kabul yang membunuh enam orang, termasuk warganegara Amerika, Thor David Hesla.

Sirajuddin juga mengaku merancang cubaan membunuh April 2008 ke atas Presiden Afghanistan, Hamid Karzai. Beliau telah menyelaraskan dan menyertai serangan rentas sempadan ke atas angkatan tentera A.S. dan Pakatan di Afghanistan. Beliau dipercayai berada di Kawasan Puak Ditadbir Persekutuan Pakistan.

Jabatan Negara A.S. menetapkan Sirajuddin Haqqani sebagai Pengganas Global Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224 pada bulan Mac 2008.

Foto tambahan

Foto tambahan bagi Sirajuddin Haqqani
Foto tambahan bagi Sirajuddin Haqqani