Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Serangan ke atas Pusat Perdagangan Dunia dan Bangunan Pentagon

11 September 2001

Pada pagi 11 September 2001, 19 orang pengganas yang berkaitan dengan pertubuhan al-Qa’ida merampas empat buah pesawat komersial. Pesawat-pesawat ini kesemuanya di dalam perjalanan ke California dan berlepas dari tiga lapangan terbang berasingan di timur Amerika Syarikat.

Dua pesawat yang pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, dirampas, dan terhembas pada meneara-menara utama Pusat Perdagangan Dunia di bandaraya New York. Impak dari pesawat-pesawat ini, dan kebakaran dari bahan api jet, menghancurkan struktur sampai kedua menara itu runtuh.

Pesawat ketiga berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, dirampas, dan terhempas pada bangunan Pentagon cuma setengah jam selepas Pusat Perdagangan Dunia diserang kali kedua. Serangan ini menyebabkan sebahagian struktur bangunan yang besar itu rosak teruk, membunuh kesemua penumpang dan 125 lagi orang di dalam bangunan.

Pesawat keempat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark dan mungkin terbang ke arah Bangunan Capitol A.S. atau Rumah Putih. Walaubagaimanapun, para penumpang melawan dengan para pengganas untuk menguasai pesawat. Disebabkan orang-orang yang berani ini, para pengganas tidak berjaya mencapai matlamat mereka dan pesawat itu terhempas dekat Shanksville, Pennsylvania, membunuh kesemua 40 orang individu di dalam pesawat.

Serangan-serangan 11 September 2001 membunuh 2,998 rakyat dari berbagai negara di pelusuk dunia. Pertubuhan pengganas al-Qa’ida mengaku mereka bertanggungjawab untuk merancang dan melancarkan serangan-serangan ini, dengan ketua mereka, Usama bin Ladin, yang sudah meninggal, mengaku demikian di dalam satu video berikutan dengan serangan-serangan tersebut. Ini merupakan serangan-serangan yang paling dahsyat terhadap Amerika sejak serangan Pelabuhan Pearl di Hawaii pada 1941.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$25 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.