Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Seher Demir Sen

Sehingga AS$3 Juta

Seher Demir Sen ialah pemimpin utama Parti/Barisan Pembebasan Rakyat Revolusi (Bahasa Turki: Devrimci Halk Kurtuluş Partisi Cephesi, atau DHKP/C). DHKP/C telah mensasarkan kepentingan-kepentingan A.S., termasuk kakitangan dan fasiliti ketenteraan dan diplomatik A.S. sejak penubuhannya pada tahun 1994 apabila pendahulunya, Devrimci Sol or Dev Sol, dibubarkan. Matlamatnya ialah untuk melenyapkan jejak A.S. dan NATO dari Turki, dan mewujudkan sebuah negara sosialis. Pada bulan Februari 2013, seorang pengebom berani mati yang bergabung dengan kumpulan ini telah menyerang Kedutaan A.S. di Ankara, dan membunuh pegawai keselamatan warga Turki. Jabatan Negara A.S. menetapkan DHKP/C sebagai Organisasi Pengganas Asing pada tahun 1997, dan telah mengkaji semula serta mengekalkan penetapan ini pada 24 Julai, 2013.

Sen menyertai Dev Sol pada tahun 1980 dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Dev Sol sehingga tahun 1994, apabila beliau menyertai DHKP/C dan diangkat ke kedudukan kepimpinan di Greece. Beliau dilaporkan berkhidmat sebagai ketua cawangan DHKP/C di Athens. Beliau ialah ahli jawatankuasa pusat DHKP/C, unit pembuat keputusan teratas kumpulan ini.

Musa Asoglu, Zerrin Sari dan Seher Demir Sen adalah pemimpin utama Parti/Barisan Pembebasan Rakyat Revolusi (Bahasa Turki: Devrimci Halk Kurtuluş Partisi Cephesi, atau DHKP/C).

Gambar Tambahan

Seher Demir Sen