Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Sayf al-Adl

Sehingga AS$10 Juta

Al-Adl merupakan seorang pemimpin senior al-Qa’ida dan seorang ahli dewan kepimpinan al-Qa’ida yang disebut dengan “Majlis al-shira.” Al-Adl juga mengetuai jawatankuasa tentera al-Qa’ida.

Al-Adl telah didakwa dan dituntut oleh dewan juri persekutuan pada bulan November 1998 atas peranannya dalam pengeboman Kedutaan Besar AS di Dar es Salaam, Tanzania dan Nairobi Kenya pada tarikh 7 Ogos 1998. Serangan-serangan tersebut membunuh 224 orang awam dan mencederakan lebih dari 5,000 orang lain.

Ia sebelum ini merupakan seorang kolonel letnan dalam Pasukan Khas Mesir hingga penahanannya pada tahun 1987 dengan ribuan militan anti kerajaan lain setelah berlakunya percubaan pembunuhan kepada Menteri Dalam Negeri Mesir.

Pada awal tahun 1990-an, al-Adl dan pelaku operasi al-Qa’ida lain menyediakan latihan tentera dan perisikan di pelbagai negara, termasuk Afghanistan, Pakistan dan Sudan, demi keuntungan bagi al-Qa’ida dan kumpulan gabungannya, termasuk Egyptian Islamic Jihad (Jihad Islam Mesir).

Pada tahun 1992 dan 1993, Al-Adl dan Abdullah menyediakan latihan ketenteraan kepada pelaku operasi al-Qa’ida dan juga kepada anggota suku Somalia yang berperang melawan pasukan AS di Mogadishu pada saat Operation Restore Hope (Operasi Mengembalikan Harapan).

Dia didakwa oleh juri persekutuan pada bulan November 1998 kerana peranannya dalam pengeboman kedutaan AS di Dar es Salaam, Tanzania dan Nairobi, Kenya pada 7 Ogos 1998.

Selepas pengeboman, al-Adl berpindah ke bahagian barat daya Iran dan tetap berada di bawah perlindungan Islamic Revolutionary Guard Corps (Kor Pengawal Revolusi Iran). Pada April 2003, pihak berkuasa Iran meletakkan al-Adl, Abdullah, dan pemimpin al-Qa’ida yang lain di bawah tahanan rumah.

Pada September 2015, al-Adl dan empat pemimpin al-Qa’ida kanan lain dibebaskan daripada penangkapan Iran untuk pertukaran dengan seorang diplomat Iran yang diculik oleh al-Qa’ida di Yemen.

Al-Adl juga merupakan seorang letnan kanan untuk Abu Musab al Zarqawi, pengasas al-Qa’ida di Iraq yang kemudian berubah menjadi ISIL.

Foto tambahan

English AAA and SaA PDF