Kisah Kejayaan

Ramzi Ahmed Yousef

Didapati Bersalah

Ramzi Ahmed Yousef adalah pengganas yang merancang pengeboman Pusat Perdagangan Dunia pada Februari 1993 di bandaraya New York yang membunuh enam orang dan mencederakan lebih seribu orang. Yousef dan pembantu-pembantunya memandu sebuah van yang penuh dengan bahan letupan ke dalam tingkat paling bawah Pusat Perdagangan Dunia itu. Dalam masa beberapa jam selepas pengeboman itu, Yousef melarikan diri menaiki pesawat ke Pakistan.

Yousef timbul semula di Filipina di mana dia terlibat di dalam satu komplot keganasan yang kompleks. Yousef merancang untuk membunuh Pope John Paul II pada 14 Januari 1995 ketika ia akan melawat Filipina dan mengebom 12 pesawat kepunyaan syarikat-syarikat A.S. di Asia beberapa hari selepas itu. Komplot itu dinamakan “Oplan Bojinka,” yang kalau diterjemahkan ke dalam bahasa pasar Arab bermakna “Operasi Letupan” atau “Operasi Big Bang.” Yousef jelas perancang utama disebalik Oplan Bojinka, tetapi mereka yang mengambil peranan utama di dalam Oplan Bojinka termasuk Wali Khan Amin Shah, Abdul Hakim Murad, Khalid Shaikh Mohammad (pakcik Yousef dan ketua perancang serangan September 11), dan Hambali – kesemuanya para anggota al-Qa’ida.

Menurut komplot tersebut, pada 21 dan 22 Januari 1995, lima orang pengganas akan meletakkan bahan letupan di dalam 12 buah pesawat yang tengah pulang ke negara A.S. dan yang singgah di Asia Timur dan Asia Tenggara di dalam peringkat pertama setiap penerbangan dan kemudian keluar sebelum pesawat-pesawat tersebut dimusnahkan ketika terbang di atas Lautan Pasifik. Setiap lima orang pengganas itu ditugaskan menaiki pesawat kedua dan ketiga sehingga kesemua 12 pesawat dibekalkan dengan bom yang telah dipasang. Jumlah kematian dari fasa rancangan ini dianggar lebih 4,000 orang.

Nasib baik, Yousef dan kuncu-kuncunya menjadi cuai sedikit, yang akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Pada 6 Januari 1995, Yousef dan Murad terpaksa melarikan diri daripada apartmen mereka di Manila apabila bancuhan kimia mereka menyebabkan kepulan asap, yang melimpah ke luar tingkap apartmen. Yousef menyuruh Murad kembali ke apartmen untuk mengambil komputer riba dan lain-lain bahan yang membuktikan penglibatan mereka. Apabila Murad kembali ke apartmen, ia berhadapan dengan pihak polis yang sudah pun sampai di apartmen tersebut. Yousef, menyedari Murad pasti sudah ditangkap, melarikan diri ke Pakistan.

Pada Februari 1995, seorang pemberi maklumat, melihat kotak mancis RFJ dan digerakkan oleh hadiah yang dijanjikan RFJ, pergi ke Kedutaan A.S. di Islamabad, Pakistan, dan memberi maklumat yang membawa ke lokasi Yousef. Pada 7 Februari 1995, pihak berkuasa Pakistan, dibantu oleh ejen Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara A.S., menangkap Yousef di Islamabad, Pakistan, dan diserah balik kepada Amerika Syarikat. Yousef kini dipenjarakan di Colorado. Keempat-empat orang yang terlibat di dalam Oplan Bojinka telah juga ditangkap.