Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Radullan Sahiron

Sehingga AS$1 Juta

Radullan Sahiron adalah pemimpin kanan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang berpangkalan di Filipina. Kumpulan ini berpecah dari kumpulan lebih besar bernama Moro National Liberation Front pada awal tahun 1990an dibawah pimpinan Abdurajak Abubakar Janjalani, yang terbunuh di dalam pertempuran dengan polis Filipina pada Disember 1998. Adik lelakinya, Khadaffy Janjalani, menggantinya sebagai pemimpin nominal kumpulan itu. Pada September 2006, Khadaffy Janjalani terbunuh di dalam satu pertempuran senjata dengan Angkatan Tentera Filipina. Radullan Sahiron dianggap menjadi pemimpin baru.

Ramai lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa telah terbunuh atau cedera berat akibat tindak-tanduk Sahiron. Sahiron memainkan peranan di dalam penculikan tiga orang rakyat Amerika di Dos Palmas pada Mei 2001 termasuk Martin dan Gracia Burnha dan 17 orang pelancong Filipina sebuah resort pelancongan di Palawan, Filipina. Beberapa orang tebusan, termauk rakyat A.S. Guillermo Sobero, dibunuh.

Sahiron sedang bersembunyi di selatan Mindanao dimana dia sedang berkomplot untuk skim-skim yang memberi dampak kepada ramai penduduk. Oleh kerana kedudukannya sebagai pemimpin di dalam ASG, yang telah mengakibatkan kematian rakyat Filipina dan A.S., pihak A.S. menganggap Sahiron sebagai ancaman kepada rakyat dan kepentingan-kepentingan A.S. dan Filipina.

Sahiron hilang tangan kanannya melawan pasukan keselamatan pada tahun 1970an. Ia fasih berbahasa Arab dan Tausug.