Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Rampasan Pesawat Pan Am 73

Karachi, Pakistan | 5 September 1986

Ketika di atas darat di Karachi, Pakistan, pesawat Pan Am 73 dirampas kira-kira pukul 6 pagi pada 5 September 1986 oleh anggota pertubuhan Abu Nidal. Penumpang dan anak kapal yang berjumlah 379 orang termasuk sekurang-kurangnya 78 rakyat A.S., di dalam pesawat waktu rampasan berlaku. Anak kapal dapat melepaskan diri menyebabkan pesawat tidak bergerak. Perampas pesawat menguasai kapal terbang dan menuntut juruterbang untuk menerbangkan pesawat, perampas, dan penumpang ke Cyprus. Waktu rampasan, seorang rakyat Amerika dibunuh di pintu pesawat. Diakhir rampasan, perampas mula menembak secara melulu terhadap penumpang. Sekurang-kurangnya 20 orang penumpang mati dibunuh dan lebih 100 lagi cedera parah.

Pihak kerajaan Pakistan menangkap empat orang suspek dan kemudiannya menangkap suspek kelima yang bantu merancang serangan tersebut. Kelima-lima, termasuk empat individu yang dikaitkan dengan tawaran hadiah ini, dibicarakan dan disabitkan bersalah dan dihukum penjara di Pakistan.

Pada September 2001, Zayd Hassan Abd al-Latif Safarini, salah seorang pengganas yang disabitkan bersalah, dilepaskan oleh pihak kerajaan Pakistan. Ia kemudiannya ditahan oleh FBI dan didakwa di dalam mahkamah persekutuan A.S. Pada 16 Disember 2003, Safarini setuju dengan perjanjian rayuan yang ditawarkan oleh Jabatan Keadilan A.S. Pada 13 Mei 2005 ia dihukum penjara selama 160 tahun.

Pada Januari 2008, empat orang perampas yang dikaitkan dengan tawaran hadiah ini dilaporkan telah dilepaskan oleh pihak kerajaan Pakistan. Wadoud Muhammad Hafiz al-Turki, Jamal Saeed Abdul Rahim, Muhammad Abdullah Khalil Hussain ar-Rahayyal, and Muhammad Ahmed al-Munawar telah didakwa di District of Columbia atas peranan mereka di dalam rampasan tersebut dan tidak diketahui di mana mereka berada.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dikehendaki Kerana Melakukan Keganasan:

Wadoud Muhammad Hafiz al-Turki

Muhammad Ahmed al-Munawar

Muhammad Abdullah Khalil Hussain ar-Rahayyal

Jamal Saeed Abdul Rahim