Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Musa Asoglu

Sehingga AS$3 Juta

Musa Asoglu ialah pemimpin utama Parti/Barisan Pembebasan Rakyat Revolusi (Bahasa Turki: Devrimci Halk Kurtuluş Partisi Cephesi, atau DHKP/C). DHKP/C telah mensasarkan kepentingan-kepentingan A.S., termasuk kakitangan dan fasiliti ketenteraan dan diplomatik A.S. sejak penubuhannya pada tahun 1994 apabila pendahulunya, Devrimci Sol or Dev Sol, dibubarkan. Matlamatnya ialah untuk melenyapkan jejak A.S. dan NATO dari Turki, dan mewujudkan sebuah negara sosialis. Pada bulan Februari 2013, seorang pengebom berani mati yang bergabung dengan kumpulan ini telah menyerang Kedutaan A.S. di Ankara, dan membunuh pegawai keselamatan warga Turki. Jabatan Negara A.S. menetapkan DHKP/C sebagai Organisasi Pengganas Asing pada tahun 1997, dan telah mengkaji semula serta mengekalkan penetapan ini pada 24 Julai, 2013.

Musa Asoglu menyertai DHKP/C pada tahun 1990an semasa beliau menetap di Netherlands. Beliau dilaporkan mewarisi kepimpinan kumpulan itu selepas ketua serta pengasasnya, Dursun Karatas, meninggal dunia pada tahun 2008. Asoglu ialah ahli jawatankuasa pusat DHKP/C, unit pembuat keputusan teratas bagi kumpulan ini. Ia juga dipercayai memimpin hal ehwal kewangan dan aktiviti pengumpulan dana kumpulan ini di Eropah. Beliau dilaporkan mengarahkan serangan bom berani mati pada 1 Februari 2013 ke atas Kedutaan .S. di Ankara, yang telah membunuh seorang pegawai keselamatan warga Turki. Beliau juga dipercayai bertanggungjawab ke atas serangan Mac 2013 terhadap ibu pejabat Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) serta Kementerian Keadilan Turki.

Musa Asoglu, Zerrin Sari dan Seher Demir Sen adalah pemimpin utama Parti/Barisan Pembebasan Rakyat Revolusi (Bahasa Turki: Devrimci Halk Kurtuluş Partisi Cephesi, atau DHKP/C).

Gambar Tambahan

Foto tambahan bagi Musa Asoglu
Foto tambahan bagi Musa Asoglu
Foto tambahan bagi Musa Asoglu