Kisah Kejayaan

Mir Aimal Kansi

Dihukum Mati

Pada 5 Januari 1993, Mir Aimal Kansi membunuh dua orang dan mencederakan tiga orang lagi. Ia menyerang tanpa amaran atau provokasi, menembak dengan raifal penyerang AK-47 terhadap kereta-kereta yang sedang menunggu di lampu isyarat di depan ibupejabat Ajensi Perisikan Pusat (CIA).

Kansi melarikan diri dari Amerika Syarikat sejurus selepas serangan tersebut dan menjadi orang buruan sehingga ditangkap di Pakistan. Pada 10 November 1997, Kansi dihukum oleh juri di Fairfax, Virginia, atas pembunuhan dua orang kakitangan CIA. Kansi dihukum mati pada 14 November 2002.