Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Malik Abou Abdelkarim

Sehingga AS$3 Juta

Malik Abou Abdelkarim ialah ketua kanan syarikat pejuang dalam kumpulan pengganas, al-Qaida di Tanah Maghreb Islam (AQIM). Di bawah perintah Abdelkarim, syarikatnya telah membeli senjata dan menjalankan penculikan serta serangan pengganas kecil-kecilan di Afrika Utara dan Barat. Abdelkarim telah dilaporkan bertanggungjawab membunuh tebusan berbangsa Perancis yang berumur tujuh puluh lapan tahun di Niger pada bulan Julai 2010.  Satu serangan pada bulan Jun 2010 telah dilancarkan oleh syarikat Abdelkarim dan mengakibatkan kematian 11 orang gendarme Algeria.

Al-Qaida di Tanah Maghreb Islam (AQIM), sebelumnya dikenali sebagai Kumpulan Salafi bagi Khutbah dan Pertempuran (GSPC), telah melancarkan banyak serangan pengganas di wilayah barat laut Afrika.  AQIM telah mendakwa bertanggungjawab ke atas banyak pengeboman berani mati, penculikan warga Barat, pembunuhan serta serangan peranti letupan rekaan sendiri.  Kumpulan ini telah menjalankan dua operasi berani mati serentak pada bulan Disember 2007 yang menyerang ibu pejabat program Bangsa-bangsa Bersatu dan Majlis Perlembagaan Algeria, dan membunuh 42 orang serta mencederakan 158 orang yang lain.  AQIM turut mendakwa bertanggungjawab ke atas pembunuhan warga Amerika, Christopher Leggett, pada bulan Jun 2009. Mangsa pada waktu itu sedang berada di Mauritania menjalankan kerja dakwah.  Pada bulan September 2012, AQIM menggalakkan ahli-ahlinya mengugut kedutaan A.S. dan membunuh duta-duta A.S.   AQIM mengumumkan perikatan rasminya dengan al-Qaida pada bulan September 2006, dan sejak itu ia menegaskan niatnya untuk menyerang sasaran Barat.

Jabatan Negara A.S. menamakan GSPC sebagai Organisasi Pengganas Asing di bawah Seksyen 219 Akta Immigresen dan Kewarganegaraan (seperti pindaan) pada 27 Mac, 2002, dan memperbaharui penetapan kumpulan itu di bawah nama baharunya AQIM pada 16 Oktober, 2009.  Jabatan Perbendaharaan A.S. menamakan kumpulan itu sebagai Entiti Pengganas Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224 pada 21 Februari, 2008.