Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Penculikan dan Pembunuhan

Lubnan | 1985 ke 1989

Beberapa penculikan dan pembunuhan adalah sebahagian daripada krisis tebusan selama satu dekad di Lubnan yang dipimpin oleh para pengganas yang ada kaitan dengan Hezbollah. Krisis tebusan itu berpanjangan dari 1982 ke1992.

Pada 16 Mac 1984, para pengganas menculik William Buckley, ketua stesen Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Beirut. Buckley telah disoal jawab, disiksa, dan ditahan selama 15 bulan sebelum perkiraan tarikh kematiannya.

Pada 3 Disember 1984, pustakawan American University di Beirut Peter Kilburn dilaporkan hilang. Enambelas bulan selepas itu, ia dan dua lagi orang yang diculik ditembak mati. Mayat mereka dicampak di pergunungan di sebelah timur Beirut.

Pada 17 Februari 1988, para pengganas menculik Kol. William Higgins dari kenderaan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai orang tebusan, Kol. Higgins disoal jawab dan disiksa sebelum ia dibunuh. Tarikh kematiannya yang sebenar tidak diketahui.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan-serangan ini.

Mangsa

Foto bagi William Buckley
William Buckley
Foto bagi William Higgins
William Higgins
Foto bagi Peter Kilburn
Peter Kilburn