Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Pengeboman Menara Khobar

Dhahran, Arab Saudi | 25 Jun 1996

Pada 25 Jun 1996, anggota Saudi Hezbollah melancarkan serangan keganasan ke atas Kompleks Perumahan Menara Khobar berhampiran Dhahran, Arab Saudi. Pada waktu itu, kompleks itu digunakan untuk perumahan anggota tentera A.S. Sebaik selepas para pengganas memandu sebuah trak tanker penuh dengan bahan letupan plastik ke dalam kompleks letak kereta, mereka meletupkannya dan hampir memusnahkan bangunan yang terdekat. Serangan tersebut membunuh 19 orang anggota tentera A.S. dan seorang rakyat Saudi, dan mencederakan 372 orang yang lain dari berbagai kerakyatan.

Pada 21 Jun 2001, satu juri agung di pengadilan kerajaan di Alexandria, Virginia, mendakwa 14 para pengganas kerana serangan tersebut. Dakwaan indikmen terhadap Ahmad al-Mughassil, Ali el-Hoorie, Ibrahim al-Yacoub, Abdelkarim al-Nasser, dan beberapa yang lain kerana berbagai kesalahan. Menurut indikmen itu, sembilan dari 14 para pengganas itu didakwa dengan 46 sabit kesalahan jenayah yang berasingan, termasuk yang berikut: bermuafakat untuk membunuh rakyat Amerika dan kakitangan kerajaan Amerika, menggunakan senjata pemusnah besar-besaran, dan memusnahkan harta benda A.S., mengebom dan membunuh.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.