Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Khalil Haqqani

Sehingga AS$5 Juta

Ahli senior Rangkaian Haqqani, Khalil al-Rahman Haqqani melibatkan diri dalam aktiviti pengumpulan dana bagi pihak Taliban dan memberikan sokongan kepada Taliban yang beroperasi di Afghanistan. Setakat awal tahun 2010, beliau memberikan dana kepada sel-sel Taliban di Wilayah Logar, Afghanistan. Pada tahun 2009, Khalil merupakan salah seorang daripada beberapa yang bertanggungjawab ke atas penahanan banduan musuh yang ditangkap oleh Taliban dan Rangkaian Haqqani. Khalil menerima arahan berhubung operasi Taliban daripada anak saudaranya, Sirajuddin Haqqani, yang ditetapkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat pada bulan Mac 2008 menurut Perintah Eksekutif 13224. Khalil juga telah bertindak bagi pihak al-Qaida dan telah dikaitkan dengan operasi ketenteraan al-Qaida. Pada tahun 2002, beliau telah mengerahkan orang ramai agar memperkukuhkan unsur-unsur al-Qaida di Wilayah Paktia, Afghanistan.

Jabatan Perbendaharaan A.S. menetapkan Khalil al-Rahman Haqqani sebagai Pengganas Global Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224 pada 9 Februari, 2011.

Gambar Tambahan

Foto tambahan bagi Khalil Haqqani
Foto tambahan bagi Khalil Haqqani