Kisah Kejayaan

Khadaffy Janjalani

Meninggal Dunia

Khadaffi Janjalani adalah antara pemimpin tertinggi Kumpulan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pelampau Islam yang beroperasi di Filipina. Janjalani bertanggungjawab di dalam penculikan dan pembunuhan rakyat Filipina dan Amerika. Ia dikaitkan dengan penculikan Martin dan Gracia Burnham dan dua lagi rakyat A.S., serta bertanggungjawab ke atas pemancungan kepala Guillermo Sobero, seorang lagi rakyat A.S. Janjalani telah membuat pelan dan melancarkan serangan terhadap kepentingan A.S. Khususnya, ia dikaitkan dengan serangan terhadap Kedutaan Amerika Syarikat di Manila dan Feri Besar 14 dan pengeboman Hari Kekasih, di mana beratus-ratus nyawa yang tidak berdosa terbunuh atau cedera.

Pada bulan September 2006 maklumat diberikan oleh beberapa orang rakyat Filipina yang berani digunakan oleh Angkatan Tentera Filipina (AFP) untuk bertembung dan membunuh Khadaffy Janjalani. Beberapa bulan selepas itu, khabar angin tentang kematian Janjalani timbul dan tidak dapat dipastikan sebab mayat belum dikenal pasti oleh pihak kerajaan. Pada penghujung Januari 2007, dua orang individu tampil memberi maklumat tentang lokasi mayat Janjalani dan setelah ujian DNA dibuat oleh pihak FBI, adalah disahkan bahawa Janjalani sudah menemui ajalnya. Kesemua maklumat yang diberikan oleh individu-individu ini penting bagi kematian dan kemudiannya pengenalan mayat Janjalani. Oleh kerana keberanian dan bantuan mereka, rakyat Filipina ini diberi hadiah berjumlah AS$5 juta (245 juta pesos) oleh kerajaan A.S. di dalam satu majlis awam yang dipimpin oleh Duta Besar A.S. ke Filipina di Pulau Jolo pada 7 Jun 2007.

Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) ditubuh pada awal 1990’an oleh Abdurajik Janjalani, abang kepada Khadaffy Janjalani. Abdurajik Janjalani bertemu Usama bin Ladin, yang sudah meninggal dunia, di Afghanistan ketika melawan pihak Soviet dan mendapat inspirasi untuk memulakan pergerakan pemisah Islam di Filipina. Penubuhan kubunya di Pulau Basilan di sebelah selatan, ASG ditubuhkan dengan niat untuk membina sebuah negara Islam merdeka di bahagian barat Mindanao dan di kepulauan Sulu. Sejak tahun 1990’an, ASG telah melancarkan beberapa pengeboman terhadap kepentingan A.S. dan Filipina. Dalam beberapa tahun yang lalu, ASG telah juga menjalankan beberapa operasi penculikan bagi menambah sumber kewangan, dan untuk itu mensasarkan pelancong, dan para peniaga tempatan. ASG dicap sebagai pertubuhan pengganas asing oleh Jabatan Negara A.S. dan masih terus mengancam kestabilan Filipina.