Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Jehad Serwan Mostafa

Sehingga AS$5 Juta

Jehad Serwan Mostafa, juga dikenali sebagai Ahmed Gurey, Anwar al-Amriki, atau Emir Anwar; ialah warganegara Amerika Syarikat dan bekas penduduk California. Beliau telah menjalankan pelbagai fungsi untuk al-Shabaab, termasuk bertindak sebagai pengajar kem latihan dan ketua pejuang asing. Beliau juga mahir dalam aktiviti-aktiviti media kumpulan ini. Mostafa ialah warganegara Amerika yang tinggal di San Diego, California sebelum berpindah ke Somalia pada tahun 2005. Beliau mungkin pernah atau akan melawat kawasan-kawasan berikut: Somalia, Yaman, Ethiopia, Kenya, dan negara-negara Afrika yang lain.

Mostafa tersenarai dalam Senarai Pengganas Paling Dikehendaki FBI, dan dicari oleh FBI kerana aktiviti-aktiviti pengganas yang mungkin dilakukannya. Pada bulan 9 Oktober, 2009, waran tangkap persekutuan telah dikeluarkan untuk Mostafa di Mahkamah Daerah Amerika syarikat, Daerah Selatan California. Mostafa dituduh atas jenayah-jenayah berikut: konspirasi untuk memberikan sokongan material kepada pengganas; konspirasi untuk memberikan sokongan material kepada organisasi pengganas asing; dan memberikan sokongan material kepada organisasi pengganas asing.