Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Husayn Muhammed al-Umari

Sehingga AS$5 Juta

Jabatan Negara A.S. telah menetapkan hadiah sehingga AS$ 5 juta bagi maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan dan/atau sabitan Husayn Muhammed al-Umari.

Husayn Muhammed al-Umari dikehendaki oleh FBI kerana didakwa mengambil bahagian di dalam pengeboman pesawat Pan Am World Airways 830 pada 11 Ogos 1982 yang menyebabkan pembunuhan seorang penumpang, kecederaan 16 orang penumpang, dan percubaan pembunuhan 267 orang penumpang dan anak kapal di dalam pesawat. Al-Umari salah seorang dari tiga orang yang didakwa melakukan tindakan keganasan dan didakwa reka dan membuat bahan letupan yang meletup ketika pesawat sedang terbang dari Narita, Jepun ke Honolulu, Hawaii.

Al-Umari didakwa di mahkamah daerah A.S. di District of Columbia: (1) Bersubahat menyerang dan merosakkan harta benda; (2) Bersubahat untuk melakukan pembunuhan, (3) pembunuhan; (4) sabotaj pesawat; (5) merosakkan pesawat yang digunakan untuk perdagangan antarabangsa (6) meletakkan bom-bom di dalam pesawat; (7) menyerang; (8) cuba sabotaj pesawat, dan (9) membantu dan bersubahat. Pada tahun 1998, rakan bersubahat, Mohammad Rashed, yang meletakkan bom di dalam pesawat, ditangkap dan dibawa ke Amerika Syarikat. Ia mengaku bersalah di dalam peranannya di dalam pengeboman dan menanda tangani perjanjian kerjasama di dalam rayuannya.

Dipercayai mengambil peranan sebagai pembuat bom utama dan satu kali memimpin kumpulan pengganas “15 Mei,” al-Umari juga didakwa oleh kerajaan Perancis kerana peranannya mengebom kedai Marks and Spencers di Paris dan Bank Leumi pada tahun 1985.

Al-Umari mungkin memegang passport Lubnan, di mana isterinya dilaporkan duduk. Ia adalah bapa kepada dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Ia tinggal beberapa tahun di Iraq. Tidak diketahui di mana ia berada, tetapi mungkin ia berada di Lubnan atau Iraq. Ia dilaporkan sentiasa kemana-mana lengkap dengan senjata apinya dan patut dianggap bersenjata dan berbahaya.

Foto tambahan

Husayn Muhammed al-Umari