Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Hasan Izz-al-Din

Sehingga AS$5 Juta

Pengganas di atas di percayai adalah seorang anggota pengganas Hizballah Lubnan.

Pada 14 Jun 1985, para pengganas merampas Pesawat TWA 847 dalam perjalanan dari Athens, Greece, ke destinasinya ke Rome, Itali. Selepas terbang ke beberapa tempat, pesawat itu mendarat di Beirut, Lubnan, di mana para perampas menembak dan membunuh penyelam Tentera Laut A.S. U.S. Robert Stethem dan mencampakkan mayatnya di landasan kapal terbang.

Pengganas di atas didakwa atas peranannya merancang dan terlibat di dalam rampasan sebuah pesawat komersil pada 14 Jun 1985. Rampasan pesawat itu diikuti dengan serangan ke atas beberapa penumpang dan anak kapal, dan pembunuhan seorang rakyat A.S.

Individu yang disenaraikan di atas telah didakwa di bawah tuduhan berikut:

Bersubahat untuk melanun pesawat udara, mengambil tebusan, melanun di udara menyebabkan pembunuhan, mengganggu anak kapal, meletakkan bahan letupan di dalam pesawat udara; menyimpan bahan letupan pada dirinya di dalam pesawat; dan menyerang para penumpang dan anak kapal; melanun di udara menyebabkan pembunuhan; melanun di udara; mengambil orang tebusan; mengganggu anak kapal; meletakkan peranti pemusnahan di dalam kapal terbang; meletakkan alat pemusnah di dalam kapal terbang; menyerang di dalam pesawat dengan niat untuk merampas dengan menggunakan senjata bahaya dan menyebabkan kecederaan di badan yang sangat serius; dan membantu dan menggalakkan.