Kisah Kejayaan

Hamsiraji Marusi Sali

Meninggal Dunia

Hamsiraji Sali, komander dan pemimpin kumpulan Abu Sayyaf Group, terlibat di dalam penculikan Jeffrey Schilling pada Ogos 2000 dan kejadian penculikan di Dos Palmas pada Mei 2001.

Pada 28 Ogos 2000, Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) menculik seorang rakyat Amerika Syarikat bernama Jeffrey Craig Edward Schilling. Sebelum Encik Schilling dilepaskan, ASG menuntut AS$10 juta dan kebebasan tiga orang pengganas antarabangsa dari penjara A.S.: anggota al-Qa’ida Ramzi Yousef dan Wali Khan, dan “Sheikh Buta,” pemimpin spiritual kumpulan pengganas Mesir, al-Gama’at al-Islamiyya. Pada 12 April 2001, Jeffrey Schilling dapat melepaskan diri daripada penculiknya dan dihantar pulang ke Amerika Syarikat.

Pada 27 Mei 2001, ASG menculik tiga rakyat Amerika dari “Dos Palmas Resort” di Palawan di Filipina. Ketiga-tiga rakyat Amerika itu dikenal pasti sebagai Guillermo Sobero dan Martin dan Gracia Burnham, pasangan mubaligh Amerika. Pada 11 Jun 2001, jurucakap ASG , Abu Sabaya, mendakwa dia telah membunuh Guillermo Sobero sebagai “hadiah hari jadi” untuk Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo. Pada 7 Oktober 2001, tengkorak manusia didapati dari Pulau Basilan, dan dikenalpasti sebagai tengkorak Guillermo Sobero. Pada Jun 2002, Martin Burnham mati di dalam satu kejadian tembak menembak di antara askar Filipina dan ASG; Gracia Burnham cedera, tetapi dapat diselamatkan dan dihantar pulang ke Amerika Syarikat.

Pada Februari 2002, Sali didakwa oleh juri besar persekutuan di Washington DC atas tuduhan berikut: Bersubahat membawa kepada kematian, menculik dan tiga tuduhan menculik menyebabkan kematian.

Hadiah AS$1 juta dibayar untuk maklumat yang membawa kepada lokasi Sali.