Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Hamad el Khairy

Sehingga AS$5 Juta

Hamad el Khairy ialah pemimpin dan ahli pengasas kumpulan pengganas Gerakan Perpaduan dan Jihad di Afrika Barat (MUJWA, juga dikenali sebagai MUJAO dan TWJWA). Di bawah kepimpinan Khairy, ahli-ahli MUJWA telah menjalankan operasi penculikan, serangan pengganas dan penculikan diplomat asing. Khairy telah mengaku bertanggungjawab ke atas penculikan tujuh orang diplomat Algeria pada April 2012 di Mali, dan telah muncul dalam video MUJWA dan membuat ancaman terhadap mereka yang menentang organisasinya. Pada bulan Januari 2012, Khairy menyatakan bahawa matlamat MUJWA ialah “mengenakan undang-undang syariah di seluruh Afrika Barat.”

Sebelum menjadi pemimpin dalam MUJWA, Khairy merupakan ahli AQIM, yang merancang operasi pengganas terhadap Mauritania. Pada bulan Oktober 2011, Khairy mengarahkan penculikan tiga orang pekerja bantuan Eropah di Algeria, dan mengakibatkan dua orang cedera oleh tembakan senjata api. Khairy telah ditetapkan sebagai pengganas menurut Perintah Eksekutif 13224 pada 7 Disember, 2012.

MUJWA telah diwujudkan pada bulan September 2011 sebagai cabang al-Qaida di Tanah Maghreb Islam (AQIM) bagi menyebarkan aktiviti pengganas di seluruh Afrika Barat. MUJWA telah menjalankan pelbagai serangan dan penculikan, termasuk serangan berani mati pada bulan Mac 2012 di Tamanrasset, Algeria, yang mencederakan 23 orang. MUJWA juga telah mengaku bertanggungjawab ke atas penculikan Duta Kanada dan Utusan PBB, Robert Fowler. Amerika Syarikat telah menetapkan MUJWA sebagai entiti Pengganas Global Tentuan Khas pada 7 Disember, 2012, dan Jawatankuasa Sekatan al-Qaida PBB telah menyenaraikan MUJWA pada 5 Disember, 2012, kerana mempunyai kaitan dengan AQIM.