Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Hafiz Saeed

Sehingga AS$10 Juta

Hafiz Mohammad Saeed merupakan bekas profesor Bahasa Arab dan Kejuruteraan, juga ahli pengasas Jamaat-ud-Dawa, organisasi Islamis radikal, Ahl-e-Hadith yang dikhususkan untuk menguat kuasakan peraturan Islam di sebahagian India dan Pakistan, dan cawangan ketenteraannya, Lashkar-e-Tayyiba. Saeed disyaki menjadi dalang beberapa serangan keganasan, termasuk serangan Mumbai pada tahun 2008, yang mengakibatkan kematian 166 orang, termasuk enam warganegara Amerika.

Republik India telah mengeluarkan Notis ‘Red Corner’ Interpol terhadap Saeed atas peranan beliau dalam serangan keganasan di Mumbai pada tahun 2008. Selain itu, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat telah menetapkan Saeed sebagai Warganegara Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224. Saeed juga ditetapkan secara individu oleh Bangsa-bangsa Bersatu di bawah UNSCR 1267 pada Disember 2008.

Lashkar-e-Tayyiba telah ditetapkan sebagai Organisasi Pengganas Asing pada bulan Disember 2001. Pada bulan April 2008, Amerika Syarikat telah menetapkan Jamaat-ud-Dawa sebagai Organisasi Pengganas Asing; begitu juga, Bangsa-bangsa Bersatu mengisytiharkan Jamaat-ud-Dawa sebagai organisasi pengganas pada bulan Disember 2008.