Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Pembunuhan John Granville dan Abdelrahman Abbas Rahama

Khartoum, Sudan | 1 Januari 2008

Pada 1 Januari, 2008, seorang warganegara A.S. dan kakitangan Agensi A.S. untuk Pembangunan Antarabangsa (USAID), John Granville dan pemandunya berbangsa Sudan, Abdelrahman Abbas Rahama, telah ditembak dan terbunuh semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri sambutan Malam Tahun Baru di Khartoum, Sudan. Granville, 33, bekerja dalam pelbagai program demokrasi dan tadbir urus di Sudan. Abbas, 39, menyertai USAID pada tahun 2004 sebagai ahli Pasukan Respons Bantuan Bencana untuk Darfur. Dua kumpulan secara berasingan mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu: Ansar al-Tawhid (Penyokong Monotheisme) dan Al-Qaida di Daratan Dua Nil (AQTN).

Sistem perundangan Sudan membicarakan dan menyabitkan kesalahan ke atas lima orang lelaki atas penglibatan mereka dalam pembunuhan tersebut.  Abdelraouf Abu Zaid Mohamed Hamza, Mohamed Makawi Ibrahim Mohamed, Abdelbasit Alhaj Alhassan Haj Hamad, dan Mohanad Osman Yousif Mohamed dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, tetapi beliau berjaya melarikan diri dari penjara setahun selepas disabitkan kesalahan.  Mohanad dilaporkan mati di Somalia pada bulan Mei 2011.  Abdelraouf telah ditangkap semula oleh pihak berkuasa Sudan. Makawi dan Abdelbasit masih bebas.

Abdelrahman Abbas Rahama, 39, dilahirkan di Juba, Sudan.  Beliau mula berkhidmat dengan USAID pada tahun 2004 sebagai salah seorang ahli asal Pasukan Respons Bantuan Bencana USAID untuk Darfur, Sudan. Beliau diambil bekerja sebagai pemandu untuk misi USAID/Sudan di Khartoum pada bulan November 2005.

John Granville, 33, berasal dari Buffalo, New York.  Beliau berkhidmat dalam program-program demokrasi dan tadbir urus USAID di Sudan selama lebih tiga tahun. Beliau membantu mengedarkan beribu-ribu radio berkuasa solar ke selatan Sudan, sebuah wilayah yang terpencil dan terasing oleh peperangan selama lebih dua dekad, bagi memaklumkan penduduk tentang hak-hak mereka dan membantu mereka bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Granville berkhidmat sebagai Sukarelawan Peace Corps di Cameroon dari tahun 1997 hingga 1999 dan telah menerima biasasiswa Fulbright bagi menjalankan penyelidikan bebas di Cameroon.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.

Mangsa

Foto bagi Abdelrahman Abbas Rahama
Abdelrahman Abbas Rahama
Foto bagi John Granville
John Granville