Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Faker Ben Abdelaziz Boussora

Sehingga AS$5 Juta

Faker Boussora, juga dikenali sebagai Abu Yusif al-Tunisi, adalah rakyat Tunisia dengan kaitan luas dengan pelampau Islam radikal. Ia adalah operatif yang dilatih oleh al-Qa’ida, dengan niat mati syahid. Boussora adalah rakan suspek keganasan Tunisia Abderraouf Jdey, dan kedua-duanya mungkin telah mengembara bersama-sama.

Boussora meninggalkan negara asalnya di Tunisia pada 1988 untuk tinggal di Perancis. Ia meninggalkan Perancis pada 1991 dan bermastautin di Montreal, Canada, sering berulang-alik dari Canada ke Tunisia pada tahun 1990’an. Boussora menerima kerakyatan Canada pada 1999 dan ketika di Canada sering berjemaah di Masjid Assunna di Montreal.

Boussora meninggalkan Canada pada 1999 dan mungkin telah membuat lebih daripada satu perjalanan ke Afghanistan dalam jangka waktu 1999-2000. Ia dilatih oleh al-Qa’ida ketika di Afghanistan, dan kemudiannya pulang ke Canada.

Pihak berkuasa khuatir Boussora mungkin akan cuba balik ke Canada atau ke Amerika Syarikat untuk merancang atau melibatkan diri di dalam serangan pengganas. Ia mungkin mengidap penyakit serius dan dalam keadaan uzur, menyebabkan ia menjadi kurus, dan rupa yang sudah berubah.