Kisah Kejayaan

Edgar Navarro

Meninggal Dunia

Pada Februari 2003, Thomas Howes, Keith Stansell dan Marc Gonsalves, dijadikan orang tebusan FARC apabila pesawat A.S. mereka terhempas di hutan Colombia. Sebagai satu konspirasi mengambil orang tebusan, FARC dan orang-orang yang bersubahat membunuh dua orang yang berada di dalam pesawat itu, rakyat Amerika Thomas Janis dan Sarjan nasional Colombia Luis Alcides Cruz.

Pada 19 Oktober 2003, Edgar Gustavo Navarro (nama lain, El Mocho), Komander Teofilo Forero Mobile Column (TFMC) dari Angkatan Tentera Revolusionari Colombia (FARC), terbunuh di dalam satu insiden tembak-menembak dengan pihak tentera Colombia. Kematian Navarro berlaku dengan bantuan tiga orang pemberi maklumat, yang digerakkan dengan kemungkinan mendapat wang hadiah, membawa askar-askar Colombia ke kem TFMC di mana pertempuran terjadi. Pada April 2004, setiap pemberi maklumat dibayar AS$300,000 untuk bantuan mereka yang berakibat kematian Edgar Navarro. Navarro disyakki terlibat di dalam penculikan tiga orang rakyat Amerika yang disebutkan di atas.

Sejak 1997, Jabatan Negara A.S. telah menyenaraikan FARC sebagai Pertubuhan Pengganas Asing. FARC menentang secara paksa, ganas dan aktiviti jenayah yang lain, mana-mana negara, kerajaan, dan individu yang tidak mempunyai pandangan yang sama dengannya. Sejak awal 1960an, FARC menentang Amerika secara ganas dan bekerja keras menentang kepentingan Amerika Syarikat, dan berkata pada Mac 1998 bahawa kesemua para pegawai A.S. adalah sasaran tentera yang sah. Selain dari menyeludup dadah, FARC menyasarkan melalui pemerasan, penculikan, dan pembunuhan rakyat A.S. yang bekerja, melawat atau yang berniaga dengan Colombia dan negara jiran.