Tindakan Keganasan
Maklumat yang membawa kepada mereka yang bertanggungjawab...

Penculikan dan Pembunuhan Daniel Pearl

Karachi, Pakistan | 23 Januari 2002

Pada 23 Januari 2002, Daniel Pearl diculik di Karachi, Pakistan. Pearl, seorang pemberita Wall Street Journal, sedang mengejar berita tentang pengebom kasut Richard Reid, yang cuba meletupkan bom dalam pesawat melalui Lautan Atlantik sebulan sebelum itu.

Pada 21 Februari 2002, sebuah video ditayangkan di dalam Internet memaparkan pembunuhan Daniel Pearl. Mayat Pearl dijumpai pada bulan Mei dan dihantar balik ke Amerika Syarikat.

Sebulan selepas itu, Ahmed Omar Saeed Sheikh dan tiga lagi suspek didakwa membunuh kerana memainkan peranan di dalam penculikan dan pembunuhan Pearl. Pada 15 Julai 2002, mereka dihukum di Pakistan, dengan Sheikh menerima hukuman mati.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.