Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Serangan terhadap Pelancong

Taman Bwindi, Uganda | 1 Mac 1999

Pada 1 Mac 1999, sekumpulan askar Interahamwe seramai 100 orang menyerang pelancung-pelancung yang tidak bersenjata dan pemandu pelancong di Bwindi Impenetrable National Park di Uganda. Interahamwe adalah pertubuhan paratentera yang ditubuhkan oleh sekeumpulan Hutu muda yang melancarkan tindakan Genosid Rwanda terhadap puak Tutsi pada 1994.

Di dalam serangan di Bwindi Park itu, beberapa kumpulan pelancong diserang, diambil sebagai tebusan, dan dipaksa berjalan ke Republik Democratik Congo. Seorang rakyat Uganda, Paul Ross Wagaba, dibakar hidup-hidup. Lapan dari mangsa-mangsa ini, termasuk rakyat Amerika Susan Miller dan Robert Haubner, dipukul sampai mati.

Banyak barang-barang dicuri dari para pelancong di dalam serangan tersebut, termasuk pasport A.S., lesen pemandu A.S., jam tangan penyelam wanita Citizen, dan sebuah komputer riba Toshiba Portogo.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.