Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Bashir Mohamed Mahamoud

Sehingga AS$5 Juta

Bashir Mohamed Mahamoud adalah komander tentera Harakat Shabaab al-Mujahidin (al-Shabaab). Setakat penghujung tahun 2008, beliau juga merupakan salah satu daripada kira-kira 10 orang ahli dalam majlis kepimpinan al-Shabaab. Mahamoud dan sekutunya bertanggungjawab ke atas serangan mortar 10 Jun, 2009 terhadap Kerajaan Persekutuan Peralihan Somali (TFG) di Mogadishu. Selain itu, setakat 2007, beliau menyelaraskan aktiviti al-Qaida di Somalia. Pada bulan April 2010, Mahamoud telah ditetapkan oleh Jabatan Perbendaharaan A.S. di bawah Perintah Eksekutif 13536 kerana menyumbang kepada keganasan dan kemerosotan tahap keselamatan di Somalia.

Al-Shabaab merupakan sayap militan Majlis Mahkamah Islam Somalia yang mengambil alih kebanyakan Somalia selatan pada separuh kedua tahun 2006. Al-Shabaab telah meneruskan pemberontakan ganasnya di Somalia selatan dan tengah. Kumpulan ini mendakwa bertanggungjawab ke atas banyak pengeboman — termasuk pelbagai jenis serangan berani mati—di Mogadishu dan di Somalia tengah dan utara, biasanya mensasarkan pegawai kerajaan Somalia dan mereka yang nampak seperti sekutu Kerajaan Persekutuan Peralihan (TFG) Somalia. Al-Shabaab besar kemungkinan bertanggungjawab ke atas gelombang 5 pengeboman kereta berani mati terselaras pada bulan Oktober 2008 yang secara serentak mengenai sasaran di dua bandar di utara Somalia, yang membunuh sekurang-kurangnya 26 orang dan mencederakan 29 yang lain. Al-Shabaab bertanggungjawab ke atas pengeboman berani mati berkembar di Kampala, Uganda, pada 11 Julai, 2010, yang membunuh lebih daripada 70 orang, termasuk seorang warga Amerika. Kumpulan ini bertanggungjawab ke atas pembunuhan aktivis keamanan Somalia, pekerja bantuan antarabangsa, beberapa tokoh masyarakat awam, serta wartawan. Pada bulan Februari 2012, al-Shabaab dan al-Qaida mengumumkan perikatan rasmi mereka.

Jabatan Negara A.S. menamakan al-Shabaab sebagai Organisasi Pengganas Asing di bawah Seksyen 219 Akta Imigresen dan Kewarganegaraan (seperti pindaan) pada Februari 26, 2008, dan entiti Pengganas Global Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224 pada 29 Februari, 2008.