Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Aziz Haqqani

Sehingga AS$5 Juta

Aziz Haqqani ialah ahli senior Rangkaian Haqqani dan merupakan saudara kepada ketua Rangkaian Haqqani, Sirajuddin Haqqani. Aziz terlibat dalam operasi logistik dan keputusan perintah dalam menyokong penyelarasan serangan rentas sempadan terhadap Angkatan Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) dan angkatan tentera Kerajaan Republik Islam Afghanistan di Afghanistan. Selain itu, beliau berkhidmat sebagai saluran utama (untuk ahli Haqqani) berhubung operasi di Kabul dan serangan berprofil tinggi di seluruh negara itu.