Tindakan Keganasan
Maklumat mengenai ...

Pembunuhan dan Penculikan rakyat Amerika

Colombia | Februari 2003

Pada 13 Februari 2003, sebuah pesawat kerajaan A.S. di dalam suatu misi anti-dadah jatuh terhempas di Caqueta, Colombia. Anggota pemberontak puak kiri di Colombia bernama Anggota Tentera Revolusionari Colombia (FARC) membunuh rakyat A.S. Thomas Janis dan Sarjan Colombia Luis Alcides Cruz. Para pemberontak ini mengambil tiga rakyat Amerika menjadi tebusan dan para penumpang itu adalah: Marc Gonsalves, Thomas Howes, dan Keith Stansell.

Program Hadiah Untuk Keadilan kini menawarkan hadiah sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa ke keadilan mereka yang bertanggungjawab untuk serangan ini.

Hadiah ini merangkumi komander-komander FARC Teofilo Forero Mobile Column, dan juga anggota FARC yang lain termasuk Carlos Alberto Garcia Camargo (juga dikenali sebagai Hermides Buitrago, juga dikenali sebagai El Paisa, juga dikenali sebagai Oscar Montero); Marly Yurley Capera Quezada (juga dikenali sebagai La Pilosa); dan Pedro Gonzalez Perdomo (juga dikenali sebagai Alfredo Arenas,juga dikenali sebagai Ignacio).