Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Ali Sayyid Muhamed Mustafa al-Bakri

Sehingga AS$5 Juta

Ali Sayyid Muhamed Mustafa al-Bakri adalah anggota al-Qa’ida dan seorang pakar bahan letupan dan senjata kimia. Ia adalah ahli Majlis Shura al-Qa’ida dan kawan rapat pemimpin al-Qa’ida Saif al-Adel dan Ayman al-Zawahiri.

Sebelum masuk al-Qa’ida, al-Bakri adalah ahli kumpulan pengganas Jihad Islam Mesir, di bawah arahan Ayman al-Zawahiri. Ia bertugas sebagai pengajar di dalam kem-kem al-Qa’ida di Afghanistan, yang melatih rekrut-rekrut pengganas di dalam penggunaan bahan letupan dan senjata kimia. Al-Bakri juga tidak berjaya merampas sebuah pesawat penumpang Pakistani Air pada Disember 2000. Kemungkinan besar ia masih terus melatih pengganas-pengganas dan puak pelampau lain.