Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Abubakar Shekau

Sehingga AS$7 Juta

Abubakar Shekau ialah ketua kumpulan Jama’atu Ahl as-Sunnah il-Da’awati wal-Jihad, lebih dikenali sebagai Boko Haram.  Boko Haram, yang bermaksud “Pendidikan barat adalah terlarang,” merupakan organisasi teroris yang berpangkalan di Nigeria yang berjuang untuk menumbangkan kerajaan Nigeria yang ada pada masa ini dan menggantikannya dengan rejim yang mendukung undang-undang Islam.  Kumpulan ini telah wujud dalam pelbagai bentuk sejak penghujung 1990an.  Terdapat kaitan komunikasi, latihan dan senjata yang dilaporkan antara Boko Haram, al-Qaida di Tanah Maghreb Islam (AQIM), al-Shabaab, dan al-Qaida di Semenanjung Arab, yang mungkin menguatkan keupayaan Boko Haram untuk melancarkan serangan keganasan.

Shekau sebelum ini merupakan penolong ketua kumpulan ini.  Pada bulan Julai 2010, Shekau secara terbuka mendakwa bahawa beliau adalah ketua kumpulan Boko Haram dan mengancam akan menyerang kepentingan-kepentingan Barat di Nigeria.  Kemudian dari itu dalam bulan yang sama, Shekau mengeluarkan kenyataan kedua yang menyatakan  perpaduannya dengan al-Qaida dan mengancam Amerika Syarikat.  Di bawah kepimpinan Shekau, keupayaan operasi Boko Haram telah berkembang.

Kumpulan ini telah meletupkan peranti letupan rekaan sendiri bawaan kenderaan (IED) pertamanya pada bulan Jun 2011, dan semakin banyak menggunakan IED dalam serangan-serangan terhadap sasaran yang tidak bersenjata.  Serangan bom kenderaan Boko Haram pada 26 Ogos, 2011 ke atas ibu pejabat Bangsa-bangsa Bersatu di  Abuja, Nigeria merupakan penanda bagi operasi maut pertama kumpulan ini terhadap kepentingan Barat.  Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh, dan 80 yang lain tercedera, dalam serangan itu.  Jurucakap Boko Haram mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu dan berjanji akan mensasarkan kepentingan-kepentingan kerajaan A.S. dan Nigeria pada masa akan datang.

Pada 1 Mei, 2012, kurang daripada seminggu selepas kumpulan itu mengebom bangunan akhbar Nigeria di Abuja, Boko Haram mengeluarkan kenyataan video yang mengancam akan melancarkan lebih banyak serangan ke atas pejabat berita tempatan dan antarabangsa, termasuk Voice of America and Sahara Reporters, perkhidmatan media yang berpangkalan di New York.

Di bawah kepimpinan Shekau Boko Haram telah terus mensasarkan kanak-kanak. Pada 14 April 2014, Boko Haram menculik hampir 300 kanak-kanak perempuan dari sekolah mereka di Nigeria utara. Dalam mesej video yang dikeluarkan tiga minggu kemudian, Shekau mengaku bertanggungjawab dalam penculikan, memanggil mereka hamba dan mengancam untuk menjual mereka di pasaran.

Pada 21 Jun, 2012, Jabatan Negara A.S. menetapkan Shekau sebagai Pengganas Global Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224.