Kisah Kejayaan

Abu Solaiman

Meninggal Dunia

Abu Solaiman merupakan salah seorang pemimpin kanan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), sebuah kumpulan pelampau Islam yang beroperasi di Filipina. Sebagai ketua operasi dan logistik untuk ASG, Solaiman, bersama Khadaffy Janjalani, bertanggung jawab untuk penculikan dan kematian rakyat Filipina mahupun Amerika. Dia telah dikaitkan dengan penculikan Martin dan Gracia Burnham dan dua lagi rakyat Amerika. Sulaiman juga mengambil bahagian di dalam pemancungan Guillermo Sobero, seorang lagi rakyat A.S. Bukan sahaja Solaiman bertanggung jawab untuk serangan-serangan ini tetapi dia juga melancarkan beberapa serangan terhadap kepentingan-kepentingan A.S. seperti Kedutaan A.S. di Manila dan pengeboman Superferry 14 dan Hari Kekasih, yang membunuh dan mencederakan beratus-ratus nyawa yang tidak berdosa.

Pada 16 Januari 2007, Pasukan Tentera Filipina (AFP), bertindak berikutan maklumat dari dua orang rakyat Filipina yang sangat berani, menjalankan operasi menyerang dan membunuh Solaiman. Operasi ini berjaya dan dimunkinkan kerana menggunakan maklumat yang diberikan kepada tentera Filipina oleh kedua individu itu tadi. Kesemua maklumat dan bantuan yang diberikan oleh individu-individu ini sangat penting dalam mencari, membunuh dan mengenalpasti Abu Solaiman. Kerana keberanian dan bantuan mereka, rakyat Filipina yang terlibat dibayar wang hadiah sejumlah AS$5 juta (245 juta pesos) oleh kerajaan A.S. di dalam suatu acara awam yang diketuai oleh Duta Besar A.S. ke Filipina di Pulau Jolo pada 7 Jun 2007.

Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) ditubuh pada awal 1990’an oleh Abdurajik Janjalani, abang kepada Khadaffy Janjalani. Abdurajik Janjalani bertemu Usama bin Ladin, yang sudah meninggal dunia, di Afghanistan ketika melawan pihak Soviet dan mendapat inspirasi untuk memulakan pergerakan pemisah Islam di Filipina. Penubuhan kubunya di Pulau Basilan di sebelah selatan, ASG ditubuhkan dengan niat untuk membina sebuah negara Islam merdeka di bahagian barat Mindanao dan di kepulauan Sulu. Sejak tahun 1990’an, ASG telah melancarkan beberapa pengeboman terhadap kepentingan A.S. dan Filipina. Dalam beberapa tahun yang lalu, ASG telah juga menjalankan beberapa operasi penculikan bagi menambah sumber kewangan, dan untuk itu mensasarkan pelancong, dan para peniaga tempatan. ASG dicap sebagai pertubuhan pengganas asing oleh Jabatan Negara A.S. dan masih terus mengancam kestabilan Filipina.