Kisah Kejayaan

Program Hadiah Untuk Keadilan telah membayar lebih dari AS$145 juta kepada lebih dari 90 orang yang telah memberi maklumat yang dapat mencegah serangan keganasan antarabangsa atau bantu membawa kepada keadilan sesiapa yang terlibat di dalam tindakan keganasan yang lalu.

Individu yang berani tampil ke hadapan dengan maklumat juga telah membantu mencegah dan menangani serangan pengganas:

  • Waktu Perang Teluk, seorang individu berani dari negara Asia Timur tampil ke hadapan dengan maklumat yang mengejutkan tentang satu siri serangan pengganas yang akan dijalankan. Pengganas-pengganas telah pun memantau sasaran mereka dan telah mengumpulkan senjata api otomatik, grenad, dan bahan-bahan letupan. Hanya 48 jam sebelum serangan pertama, pemberi maklumat ini memberi maklumat yang penting bagi menghalangi rancangan pengganas itu. Serangan itu dihentikan, dan pemberi maklumat muda itu menerima hadiah saguhati yang lumayan, dan beliau dan keluarganya dipindahkan ke tempat yang selamat. Dengan memberi maklumat ini, individu ini berjaya menyelamatkan beratus-ratus nyawa.
  • Dalam kes yang lain, seorang wanita muda tampil ke hadapan dengan maklumat tentang individu-individu yang telah merampas sebuah pesawat dan memukul teruk penumpang-penumpang di dalam pesawat tersebut. Wanita itu menyatakan bahawa beliau ” benar-benar rasa bahawa keadilan perlu diwujudkan.” Ketua perampas pesawat itu dihantar ke A.S. dan dipenjarakan atas tuduhan melanun. Wanita muda itu menerima hadiah atas usahanya melawan keganasan.
  • Seorang wanita lain, pelajar di universiti asing, menyaksikan pembunuhan kejam terhadap seorang diplomat A.S. Oleh sebab maklumat yang diberikan, dua penyerang dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Pelajar tersebut dan keluarganya dipindahkan ke tempat yang selamat dan dihadiahkan saguhati yang lumayan.