Program Sepintas Lalu

RFJ, Program Ganjaran Jabatan Kaunter Keganasan Setiausaha Negeri AS, ditubuhkan oleh Akta 1984 untuk Memerangi Keganasan Antarabangsa, Undang-undang Awam 98-533 (termaktub di 22 U.S.C. § 2708). Ditadbir oleh Biro Keselamatan Diplomatik Setiausaha Negeri, matlamat RFJ adalah untuk membawa pengganas antarabangsa ke keadilan dan mencegah perbuatan keganasan antarabangsa terhadap harta atau orang AS. Di bawah program ini, Setiausaha Negeri boleh memberi ganjaran bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan atau sabitan sesiapa sahaja yang merancang, melakukan, membantu, atau cuba tindakan keganasan antarabangsa terhadap harta atau orang AS, yang menghalang perbuatan itu, yang membawa kepada pengenalan atau lokasi pemimpin pengganas utama, atau yang mengganggu pembiayaan keganasan.

Setiausaha diberi kuasa untuk memberi hadiah lebih dari AS$25 juta sekiranya beliau dapat menentukan bahawa jumlah yang lebih besar perlu untuk melawan keganasan atau mempertahankan Amerika Syarikat dari tindakan keganasan.

Sejak pelancaran program Hadiah Untuk Keadilan pada tahun 1984, kerajaan Amerika Syarikat telah membayar lebih AS$150 juta kepada lebih 100 orang, yang memberi maklumat yang membawa kepada penangkapan pengganas dan hukuman penjara atau mencegah tindakan-tindakan keganasan diseluruh dunia. Program ini memainkan peranan yang penting di dalam penangkapan pengganas antarabangsa, Ramzi Yousef, yang didapati bersalah pada 1993 di dalam pengeboman Pusat Perdagangan Dunia.

Manakala undang-undang yang mentadbir program Hadiah Untuk Keadilan dituju kepada keganasan yang disasarkan kepada rakyat Amerika, Kerajaan Amerika Syarikat kongsi maklumat dengan negara-negara lain di mana rakyat mereka terancam. Setiap kerajaan dan setiap rakyat mempunyai kepentingan dalam membawa pengganas-pengganas ini ke hadapan keadilan dan mencegah tindakan keganasan.