Dasar Melindungi Maklumat Peribadi

Kenyataan Akta Privasi

Untuk pengurusan laman web ini, maklumat dikumpul untuk tujuan statistik. Laman web “Rewards for Justice” menggunakan program perisian untuk membuat ringkasan statistik untuk tujuan tersebut seperti menilaikan apakah maklumat yang paling atau kurang diminati atau mengenal pasti kebolehan sistem atau masalahnya. Berikut adalah jenis maklumat yang dikumpulkan tentang lawatan anda ke laman web ini: nama domain untuk mencari laman web “Rewards for Justice” (Contohnya, “aol.com” sekiranya anda menggunakan America Online) dan tarikh dan masa anda masuk laman kami. Sekiranya anda memilih untuk memberi kami maklumat peribadi di dalam mesej emel anda, kami cuma akan menggunakannya untuk menjawab emel anda.

Untuk tujuan keselamatan laman ini dan memastikan perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua, program Hadiah untuk Keadilan menggunakan program perisian untuk memantau trafik jaringan bagi mengenalpasti percubaan yang dibenarkan untuk menghantar atau menukar maklumat ataupun untuk membuat kerosakan. Percubaan yang tidak diizinkan untuk menghantar maklumat atau menukar maklumat di dalam perkhidmatan ini dilarang sekeras-kerasnya dan mungkin akan dihukum di bawah Akta Pencederaan dan Penipuan Komputer 1986. Maklumat juga mungkin akan digunakan untuk siasatan pihak penguatkuasa yang sah. Kecuali untuk tujuan di atas, tiada lagi percubaan akan dibuat untuk mengenal pasti pengguna atau amalan pengguna.

Akta Pencederaan dan Penipuan Komputer Percubaan yang tidak diizinkan untuk menghantar atau muat turun maklumat dan/atau menukar maklumat di dalam laman web ini dilarang sekeras-kerasnya dan boleh dididakwa di bawah Akta Pencederaan dan Penipuan Komputer 1986 dan Tajuk 18 U.S.C. Sec.1001 dan 1030.

Pautan kepada laman web luar

Pautan ke laman web di luar Kerajaan Persekutuan A.S. atau penggunaan nama perdagangan, firma atau nama korporat di dalam laman web “Rewards for Justice” adalah untuk kemudahan pengguna. Penggunaan tersebut bukan bermakna pengesahan rasmi atau kelulusan oleh Jabatan Negara A.S. ataupun program Hadiah untuk Keadilan terhadap laman web, produk, atau perkhidmatan pihak swasta.

Koleksi Data

Kami mengumpul maklumat berikut:

  • Data Klik-terus
  • Elemen protokol HTTP

Data ini akan digunakan untuk tujuan berikut:

  • Melengkapkan dan menyokong aktiviti semasa.
  • Laman web dan pentadbiran sistem.
  • Kajian dan kemajuan.

Data ini akan digunakan oleh program Hadiah untuk Keadilan dan ajen-ajennya.

Penjelasan berikut diberikan untuk memberitahu mengapa data-data ini dikumpulkan:

  • Server laman web kami mengumpul log akses yang mempunyai maklumat ini.

Cookies

Cookies adalah satu teknologi yang boleh digunakan untuk memberi anda maklumat khusus untuk anda dari laman web. Cookie adalah satu elemen data yang laman web boleh hantar pada laman perayauan (browser) anda, yang anda boleh simpan di dalam sistem anda. Anda boleh set laman perayauan anda untuk beritahu anda apabila menerima cookie sambil memberi anda peluang samada untuk menerimanya atau tidak.

  • Kami tidak menggunakan cookies HTTP.

Ringkasan Dasar Kompak

Dasar Kompak berbentuk dasar P3P secara ringkasnya adalah dasar tentang “cookies.” Oleh kerana dasar ini tidak menyebut tentang penggunaan “cookies,” tiada borang dasar kompak bagi dasar ini.

Satu dasar ada menyebut tentang penggunaan “cookies” sekiranya elemen data “HTTP Cookies” berada di dalam kumpulan di dalam dasar ini. Elemen data terdapat di bawah “Dynamic data”.

Penilaian atas Dasar

Microsoft Internet Explorer 6 akan menilaikan dasar mengenai dasar kompak apabila ianya diguna bersama “cookie.” Tindakan yang akan diambil oleh IE bergantung kepada peringkat rahsia yang dipilih di dalam browser mereka (Rendah, Sederhana, Sederhana Tinggi, atau Tinggi; peringkat yang dipilih secara otomatik adalah Sederhana). Disamping itu, IE akan memeriksa sama ada dasar “cookie” itu dianggap memuaskan atau tidak memuaskan, sama ada “Cookie” itu untuk sesi tersebut atau yang tetap, dan sama ada cookie itu digunakan oleh pihak pertama atau konteks pihak ketiga. Seksyen ini akan cuba menilaikan dasar kompak dasar itu terhadap yang dinyatakan oleh Microsoft perihal perjalanan IE6.

Catatan: penilaian ini kini dalam peringkat eksperimental dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk menguji web laman browser yang sebenarnya.

Dasar kepuasan: dasar kompak ini dianggap memuaskan menurut peraturan yang ditentukan oleh Internet Explorer 6. IE6 akan menerima cookies disertai dasar ini di bawah tahap Tinggi, Sederhana Tinggi, Sederhana dan Rendah, dan peringkat Menerima Semua Cookies.